Resepi Brownies Kukus Coklat Pandan
Bahan-Bahan:
Bahan A –
- 6 biji telur
- 225 gula pasir
- 1 tsp SP (Cake Emulsifier)
- Secubit garam
- 1/2 tsp esen vanila
Bahan B –
- 125g tepung gandum
- 50g tepung jagung
- 1/2 tsp baking powder
Bahan C –
- 100g Dark Chocolate Compound
- 175ml minyak masak
+ Campurkan 2 bahan diatas dalam kuali dan masak mengunaka teknik double boiler hingga coklat mencair
Bahan D – Topping
- Pasta Pandan
- Pasta coklat
Cara Penyediaan:
1. Pukul bahan A menggunakan mixer hingga kembang. Masukkan bahan B sambil diayak. Masukkan bahan C sambil digaul dengan spatula hingga rata.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian sama banyak. 1 bahagian dicampurkan dengan pasta coklat + Dark chocolate yang sudah di cairkan tadi. 1 bahagian lagi dicampurkan dengan pasta pandan.
3. Tuang adunan coklat ke loyang saiz 20x20cm yang sudah dialas dengan kertas baking. Kukus 10 minit dalam kukusan yang telah mendidih dengan api sederhana.
4. Setelah masak lapisan coklat, tuangkan adunan pandan diatas lapusan coklat tadi. Kukus 30 minit hingga masak.
5. Sejukkan dan potong mengikut selera. Boleh letakkan topping, topping mengikut selera masing-masing. Selamat mencuba.

Resepi Oleh: Noriah Abas