Nasi

Resepi Nasi Beriani Telur

resepi-nasi-beriani-telur

Resepi Nasi Beriani Telur

Bahan-Bahan:

8 biji telur rebus – belah 2
2 cawan beras basmati – cuci dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
1 labu bawang besar – potong dadu halus
2 ulas bawang putih – tumbuk halus
2 helai daun bay
1 batang kulit kayu manis
1 biji buah pelaga hitam
4 biji buah pelaga hijau
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk cili
2 sudu kecil serbuk jintan putih/halus
2 1/2 cawan air atau secukupnya
garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak sapi dalam periuk. Tumiskan bawang besar, bawang putih, daun bay, kulit kayu manis dan kedua2 buah pelaga sehingga wangi.

2. Masukkan telur rebus. Kemudian masukkan serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk jintan putih/halus dan gaulkan rata.

3. Masukkan pula beras dan kacaukan perlahan-lahan sehingga sebati. Tuangkan air, garam dan masak dengan api yang sederhana panas sehingga masak.

4. Boleh juga di alihkan ke dalam rice cooker dan masaklah seperti menanak nasi biasa. Setelah masak kacaukan nasi perlahan-lahan supaya ianya tidak pecah.

5. Setelah masak, angkat dan hidangkan dengan lauk pauk yang lain.