Ikan, Makanan Laut, Sambal & Pencicah

Resepi Ikan Bawal Masak Sambal

resepi-ikan-bawal-masak-sambal

Resepi Ikan Bawal Masak Sambal

Bahan-Bahan:

  • 6 potongan ikan bawal (saiz sederhana)
  • 1 biji bawang besar (dipotong bulat)
  • ½ biji tomato(dibelah 4)
  • 2 helai Daun limau purut
  • 1 sudu besar gula melaka
  • 1 sudu besar gula putih
  • 1 sudu kecil rata garam
  • 1 sudu kecil serbuk perasa
  • 2 sudu besar perahan asam jawa

Bahan Kisar (cili kisar):

  • 10 batang cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil belacan kiub

Cara Memasak:

1. Basuh ikan sehingga bersih, lumurkan garam dan kunyit. Panaskan kuali dan goreng ikan sehingga masak.

2. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak (menggunakan api yang sederhana).

3. Masukkan perahan air asam jawa dan daun limau purut. Masak sehingga sambal agak kering dan kemerahan.

4. Masukkan garam, gula, dan serbuk perasa. Gaulkan hingga rata dan masak sehingga warna merah gelap.

5. Kemudian, masukkan bawang merah serta tomato. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Siap untuk dihidang.

Resepi Ikan Bawal Masak Sambal

Resepi Oleh: Nurul Ateekah