Ayam

Resepi Ayam Masak Bawang Berempah

resepi-ayam-masak-bawang-berempah

Resepi Ayam Masak Bawang Berempah

Bahan-Bahan:

  • 4 ketul ayam
  • 3 sudu Rempah Kari Ayam dan Daging
  • garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 2 cawan minyak masak
  • 4 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 cawan air
  • 2 sudu cili flakes
  • 1 asam keping
  • 2 sudu kicap lemak masin

Cara Memasak:

1. Gaul ayam dengan 2 sudu rempah kari, garam, gula, serbuk perasa secukupnya dan serbuk kunyit hingga rata dan sebati. Perap 1 jam.

2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Buang sedikit minyak goreng ayam, tinggalkan dalam 1/2 cawan dalam kuali.

3. Hiris bawang besar dan cincang halus bawang putih. Panaskan minyak, tumis bawang dan bawang putih hingga garing. Tambah air dan kacau rata.

4. Masukkan cili flakes, asam keping, serbuk kari, dan kicap. Kacau sampai garing dan pecah minyak.

5. Perasakan dengan garam dan gula. Kacau sekejap, masukkan ayam goreng tadi. Kacau hingga semua masak sekata. Tutup api, hidangkan.

Resepi Ayam Masak Bawang Berempah

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo