Kuih Muih

Resepi Pau Inti Carbonara

resepi-pau-inti-carbonara

Resepi Pau Inti Carbonara

Bahan-Bahan:

Bahan Inti –

Cendawan tiram potong kasar
Carrot cincang halus
Bawang putih tumbuk hancur
Isi ayam rebus di carik carikkan
Sos carbonara cendawan
Garam sedikit
Cheese 3 slices

Bahan Pau –

Yis 1 pack*
Gula 2 sudu kecil*
Air suam-suam kuku 1 cawan*
Tepung gandum 2 cawan
Baking powder 1 sudu kecil
Garam secubit

Cara Buat:

Inti –

Masukkan minyak sedikit dalam kuali, tumis bawang putih sampai naik bau, lepastu masukkan cendawan dan carrot yang di cincang, tumis sampai naik bau masukkan sos carbonara serta ayam yang di carik carik tadi. Jangan lupa letak garam sedikit tau dalam inti ni, sebab bila dah kukus nanti dia akan jadi tawar sedikit.Dah siap, biarkan sejuk dulu.

Pau –

Satukan bahan yang Ila tanda star * yis 1/2 pack, air suam dan gula. Kacau sampai yis dah hancur, biarkan yis kembang 10-15 minit. Nak tahu yis kembang, dia akan berbuih buih sampai penuh gelas.

Lepas tu masukkan 2 cawan tepung gandum, 1 sudu kecil baking powder, secubit garam dalam mangkuk kosong, lepas tu tuangkan yis yang dah kembang tadi. Uli sampai sebati, lepastu biarkan doh kembang dulu (Ila biarkan 1 jam). Biasanya sukan 2 cawan gandum memang ngam dengan 1 cawan yis kembang tadi tak perlu tambah air dah.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kuih Bakar Pandan Mini Sedap

Lepas setengah jam, doh dah kembang, tumbuk-tumbuk biar angin keluar. Lepastu bulatkan doh besar mana yang nak, masukkan inti dan cheese yang di potong, lepastu bulatkan. Biarkan setengah jam, biar kembang boleh di kukus.

– Inti tu boleh je nak letak carrot ke, kentang ke, sengkuang ker, ikut kesukaan masing-masing.

Resepi Oleh: Illa Suhyela