Roti

Resepi Roti Jala Coklat

resepi-roti-jala-coklat

Resepi Roti Jala Coklat

Bahan-Bahan:

3 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A
3 sudu besar serbuk koko/boleh ganti milo
2 sudu besar susu pekat manis
2 sudu gula castor/gula biasa pun boleh
2 sudu minyak masak
Secubit garam
2 1/2 cawan air – Kalau rasa pekat, tambah lagi sedikit air

Cara Menyediakan:

1. Satukan semua bahan, kacau bagi sebati. Nak senang masuk semua bahan ke dalam blender, blend hingga sebati. Kemudian tapis.

2. Tuang adunan dalam botol lubang/muncung 3.

3. Panaskan non-stick pan. Sapukan sedikit minyak. Kirai/jala adunan ke atas pan/kuali. Biarkan hingga masak, kemudian angkat. Lipat dan gulung.

Resepi Sos Coklat Mudah

Bahan-Bahan:

2 sudu serbuk koko
250ml susu cair
100ml susu pekat
1 sudu besar butter/marjerin
1 sudu kecil esen vanilla
3 sudu golden syrup – Kalau tak de, boleh ganti dengan coklat masakan. Akak guna jenama Meriah, masak dalam 4 bar. Tak nak bubuh pun tak pe, cukup dengan serbuk koko je.
1 sudu tepung jagung (untuk pekatkan sos coklat)

Cara Membuat:

1. Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau-kacau guna whisk untuk rata dan sebatikan.

2. Masak atas api perlahan, sentiasa kacau. Masak hingga sos nampak sedikit likat/pekat. Tutup api.

3. Sedia untuk dicicah bersama roti jala versi coklat. Sedap.

Resepi Oleh: Zura Zul