Daging

Resepi Gulai Daging Dengan Rebung

resepi-gulai-daging-dengan-rebung

Resepi Gulai Daging Dengan Rebung

Bahan-Bahan:

Daging – dibersih dan dihiris
Bawang merah – ditumbuk
Bawang putih – ditumbuk
Halia – ditumbuk
Rempah daging babas dicampur dengan sedikit air
Cili kisar
Kerisik
Pati santan
Asam keping/air asam jawa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Rebung – dihiris, kemudian rebus dengan sedikit garam. Rebus hingga lembut dan toskan.

Bahan Tumis:

Bawang merah – dihiris
Bawang putih – dihiris
Halia – dihiris
Rempah 4 sekawan serba sedikit
Daun kari

Cara Memasak:

1. Panaskan sedikit minyak masak dalam kuali. Masukkan bahan tumis, tumis sehingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan bahan tumbuk bersama serbuk kari, kerisik dan cili kisar. Masak sampai agak pecah minyak.

3. Masukkan daging, gaul bersama rempah, gaul bagi rata dan biarkan seketika.

4. Masukkan pati santan, asam keping dan air secukupnya, kacau rata. Masak sampai daging empuk, masa ni bolehlah dimasukkan rebung sekali.

5. Perasakan dengan garam dan secukup rasa. Tunggu hingga kuah pekat, siap. Saya masak main agak-agak jer takde sukatan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Hati Masak Jintan

Resepi Oleh: Juma Natull