
Resepi Bingka Roti Bakar Guna Pemanggang Ajaib
Bahan-Bahan:
5 keping roti gardenia
2 biji telur – pukul sikit
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam
400ml santan – 200ml santan KARA + 200ml air (saya letak pewarna hijau dan esen pandan)
100 ml full cream milk – bole guna susu segar atau susu cair
1 sudu kecil esen vanila
Cara Membuat:
1. Carik-carikkan roti dan masukkan dalam satu mangkuk besar dan ketepikan. Dalam bekas lain, satukan susu, santan, gula, garam, telur, esen vanilla dan whiskan bagi sebati.
2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan whisk lagi supaya tepung tak berketul-ketul. Tapis dan tuang adunan ke dalam mangkuk roti tadi. Biarkan roti terendam sebentar dalam 15-20 minit.
3. Tuang adunan ke dalam pemanggang ajaib dan bakar sampai masak. Guna api paling kecil. Kena selalu check dan tengok supaya tak hangit.
5. Tadi saya bakar dalam 20 minit, kemudian terbalikkan ke permukaan lagi satu dan bakar lagi 20 minit. Kena perhatikan juga masa bakar.
6. Biarkan sejuk baru potong. Saya letak baking paper untuk memudahkan masa keluarkn bingka roti.
Resepi Oleh: Shameema Ahamed