Biskut

Resepi Sekut Mutiara Hati

resepi-sekut-mutiara-hati

Resepi Sekut Mutiara Hati Yang Cair di Mulut

Bahan-Bahan:

250gm butter
80gm icing sugar @ 3/5 cawan
esen vanila
250gm tepung kentang @ 1 1/2 cawan
150gm tepung gandum @ 1 1/4 cawan

**Gandakan resepi kalu nak buat banyak (resepi ni dapat lebih kurang 110 bijik)
**hanya guna cawan Ikea je

Cara Memuat:

1. Pukul butter dan icing sugar hingga sebati. Tak perlu mixer, pakai whisk atau spatula je. Masukkan satu penutup esen vanila.

2. Ayak kedua-dua tepung kentang dan gandum dalam bekas lain. Saya ayak pakai penapis teh je. Masukkan campuran tepung sikit-sikit ke dalam bekas. Kacau sebati.

3. Doh agak lembik, tapi jangan risau jangan khuatir. Ni lah reason di sebalik biskut tu jadi rapuh dan cair di mulut. Untuk mudahkan keje menggentel, letak doh dalam peti sejuk selama 30 minit atau lebih.

4. Keluarkan doh dari peti, bentukkan bulat-bulat dan tekan pakai garfu, sebab nak sebijik macam sekut mutiara. Ade yang hias pakai icing sugar color-color, love shape, atau sebagainya. Suka hati korang.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Popia Nestum Rangup

5. Bakar selama 20 minit suhu 150c, bergantung oven korang. Oven saya cepat panas. Kalau oven biasa boleh buat 170c 15 minit. Boleh adjust-adjust.

6. Maafkan bentuk hamba yang sekejap melonjong, sekejap tenggelam, sekejap macam plastesin. Yang penting rasanye sangat sedap cair di mulut. Alhamdulillah.

Resepi Oleh: Syafazila Yusof