Ayam, Kari

Resepi Gulai Ayam Ganu Style

resepi-gulai-ayam-ganu-style

Siap gulai ayam versi Ganu kite, memang dari dulu gune rempah gulai & rempah masok cap bunga ros ni. Resepi turun temurun daripada mok, sedap makan dengan nasi minyak, tapi hari ni kite makan dengan nasi biase jer. Gune ayam kampung lagi sodap, mok sokmo masok kalu balik ganu. Rempah ni jugak mok wat gulai ikan aye/tongkol makan dengan nasi dagang. Sedap cicoh roti jala/roti naan atau makan dengan pulut kuning.

Resepi Gulai Ayam Ganu Style

(boleh guna daging)

Bahan-Bahan Tumbuk/Tumis:

  • 1 btg kulut kayu manis
  • 4 biji cengkih
  • 2 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 4 bj bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1″ halia*
  • 1″ kunyit*
  • 1/2″ lengkuas*
  • 2 sd besar lada kisar

~ Tumbuk semua bahan-bahan bertanda * hingga halus, kemudian campur dengan lada kisar

Bahan-Bahan Rempah:

  • 3/4 cwn rempah gulai cap bunga ros
  • 1/2 sd teh rempah masak cap bunga ros
  • 1 sd besar kerisik

~ Campur bersama bahan-bahan & kacau

Bahan-Bahan Lain:

  • 1/2 ekor ayam-potong kecik, lumur kunyit dan garam & goreng hingga separuh masak
  • 3 sd bsr air asam jawa
  • 1 cwn santan pekat
  • 1 cwn air @ secukupnya
  • 2 bj ubi kentang – di potong 4
  • 1 sd bsr nissang/gula melaka
  • garam & gula secukup rasa
Cuba Resepi Ni:  Resepi Masakan Sihat Cucur Ayam Oat

Cara Memasak:

1. Tumis 4 sekawan dan masukkan bahan-bahan tumbuk dan lada kisar. Kacau hingga lada masak. Kemudian, masukkan bahan-bahan rempah dan air asam jawa. Kacau hingga pecah minyak.

2. Masukkan santan dan air. Biar mendidih jap dan masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kacau sekali sekala supaya santan tak pecah.

3. Masukkan kentang, nissang/gula melaka, gula dan garam. Kacau hingga kentang empuk dan mendidih. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Gulai Ayam Ganu Style

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah