Nasi

Resepi Bubuh Nasi Kari Daging

resepi-bubuh-nasi-kari-daging

Resepi Bubuh Nasi Kari Daging

Bahan-Bahan:

  • 300gm Daging – di hiris-hiris
  • 1 cawan/leng beras
  • 4 mangkuk air – secukup untuk buat bubuh nasi
  • 1 biji Bawang Besar – di potong dadu/kisar
  • 2 ulas Bawang Putih – di hiris/kisar
  • 1 inch halia – di hiris/kisar/titik
  • 2 biji ubi kentang – di potong dadu kecil
  • 1 batang lobak merah – potong dadu kecil
  • 200ml Santan – Kotak Kecil
  • 2 sudu teh Kari Daging
  • 2 batang daun sup – dipotong kasar-kasar
  • 2 sudu besar bawang goreng – untuk hiasan
  • 2 biji telur – digoreng untuk hiasan
  • 1 batang cili hijau
  • 1 batang cili merah
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak secukup

Cara-Cara:

1. Panaskan minyak diperiok yang agak besar. Masukan bahan dikisar, bawang besar, putih, halia dan daging hiris. Goreng sementara hingga bawang mula lembut dan dagingnya suku masak.

2. Tuangkan beras dan air, 4 mangkuk. Letakan garam secukup rasa. Bila air mendidih letakan ubi kentang dan lobak merah. Biarkan beras masak dan menjadi bubuh.

3. Tuangkan air jika perlu kalau bubur menjadi kering. Kalau membuat bubuh lemak, Kari Daging, boleh lah meletakan kari dan santan. Gaulkan rata-rata hingga sebati.

4. Biarkan ia masak, kacau bubur-nya seketika supaya tidak melekat diperiok. Rasa bubur-nya.

Untuk Hiasan Bubuh:

~ 2 biji telur dibuat terlur dada tipis, potong hiris serong, Cili hijau dan merah dihiris sama. Taburkan ia di atas bubur bersama daun sup dan bawang goreng merah.

Resepi Bubuh Nasi Kari Daging

Resepi Oleh: Chef Joha Hassan