Snek, snek

Resepi Banana Chocolate Chip Blondies

resepi-banana-chocolate-chip-blondies

Resepi Banana Chocolate Chip Blondies

Resepi mudah Banana chocolate chip blondies atau congo bars ni guna tepung whole meal. Nak lebih healthy boleh gantikan choc chips dengan kekacang.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji pisang masak dgn berat 130g tanpa kulit
  • 1 1/2 cup tepung oat / whole meal
  • 1/2 cup susu badam / susu soya tanpa gula
  • 1/3 cup gula perang
  • 4 tbsp minyak zaitun / minyak jagung
  • 1 tbsp cuka epal (apple cider vinegar)
  • 1 tsp esen vanila / 1/2 tsp esen pisang
  • 1/2 tsp baking powder
  • 1/2 tsp baking soda
  • 1/4 tsp garam
  • 1/3 – 1/2 cup dark chocolate chips

Cara Membuat:

1. Panaskan oven pada suhu 180c. Glis dan alas loyang brownies 7/8 inci.

2. Di dalam mangkuk adunan, lecekkan pisang. Kemudian masukkan susu, minyak zaitun, gula, esen vanila/pisang, dan cuka epal. Seterusnya whisk hingga sebati, tak perlu hingga kembang ya.

3. Kemudian masukkan kesemua bahan kering iaitu tepung oat atau whole meal, baking powder, baking soda, dan garam. Kaup balik dengan senduk kayu hingga adunan sebati dan rata. Jangan over mix nanti blondies menjadi keras pula.

4. Masukkan ke dalam loyang brownies. Taburkan chocolate chips. Bakar selama 25-30 minit hingga keperangan dan elok masak, ikut oven masing-masing.

Nota: Boleh gantikan dengan toppings kegemaran. Walaupun tak guna telur tapi hasilnya macam kek lembap dan wangi bau pishang. Hepi menerai.

Resepi Banana Chocolate Chip Blondies

Resepi Oleh: Keroroyz Royz