
Resepi English Muffin Sarapan Pagi ala McMuffin
Cara buat English Muffin, boleh la breakfast ala McMuffin mekdi tu.
Bahan-Bahan:
- 300g tepung roti
- 150ml susu segar
- 15g butter | dicairkan
- 1 biji telur | 50g sebiji
- 1 tbsp gula
- 1 1/2 tsp yis segera
- 1 tsp garam
- 1/3 cup cornmeal/semolina >> https://shope.ee/2fbSOFK1PU
Cara Membuat:
1. Masukkan kesemua bahan cecair iaitu susu, telur, butter, garam dan gula ke dalam mangkuk pengadun. Kemudian masukkan tepung dan yis segera. Tekan setting doh (10) pada breadmaker dan tunggu selama 1 jam 30 minit hingga selesai dan doh naik.
2. Kemudian tumbuk-tumbuk sedikit doh. Keluarkan doh, bahagi sebanyak 6 biji atau timbang sebiji doh seberat 85g. Rounding dan susun di dalam loyang. Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 15 minit.
3. Taburkan sedikit cornmeal atau semolina di atas alas doh atau table top. Ambil sebiji doh, tekan-tekan sedikit menjadi setebal 1 inci. Taburkan cornmeal/semolina di atasnya. Buat hingga habis. Rehatkan selama 30-40 minit.
4. Panaskan oven pada suhu 180c. Panaskan pan dengan api kecil. Sapukan sedikit minyak. Bakar doh selama 4 minit atau keperangan. Terbalikkan dan bakar lagi selama 4 minit.
5. Angkat dan letakkan ke dalam loyang yang dialas baking paper. Bakar pada suhu 180c selama 15 minit. Keluarkan dari oven, biarkan 5 minit dan pindahkan ke atas rak dawai. Biarkan sejuk atau makan panas-panas dengan inti savoury atau sweet. Hepi menerai.
Resepi Oleh: Kak Roy