Ayam

Mesti Cuba! Resepi Briyani Ayam

resepi-briyani-ayam

Resepi Briyani Ayam

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam – potong 8 – 10
4 sudu makan rempah briyani
1 sudu makan rempah kari
1 senduk nasi cili mesin
1/2 tin sup tomato Kimball
3/4 tin susu cair Ideal campurkan perahan 1/2 biji lemon

Bahan Tumis –

Minyak sapi
Minyak masak
3 ulas bawang merah – mayang
2 ulas bawang putih – mayang
1 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
1 biji cili merah – potong 2 jangan putus
1 biji cili hijau – potong 2 jangan putus
Sebiji tomato – belah 4
Daun pandan simpul

Bahan Mesin –

2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
5 cm lengkuas
3 btg serai
Sekotak kecil kismis
Gajus goreng segenggam
2 tangkai daun saderi
Setangkai daun pudina

Bahan Sampingan –

2 labu bawang besar – potong bulat besar
Gajus goreng
Bawang goreng

Cara Memasak:

1. Ayam cuci bersih. Kelarkan sikit.

2. Tumiskan bahan tumis tadi sampai garing.

3. Sementara itu dalam bekas satukan rempah briyani, rempah kari dan cili mesin yang dibancuh dengan air sampai jadi pes likat.

4. Masukkan pes rempah ini dan masak sampai pecah minyak. Kacau supaya rempah tidak berkerak.

5. Masukkan ayam, sup tomato, susu cair ke dalam rempah yang pecah minyak tadi.

6. Masak sampai mendidih dan ayam masak sepenuhnya.

7. Masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Perasakan garam dan gula.

8. Dah masak taburkan gajus goreng, bawang goreng dan taburan daun pudina dan daun sup. Siap.

*Ayam Briyani ini juga saya cedokkan bersama sedikit kuahnya untuk tanam dalam Nasi Briyani.

Resepi Oleh: Faizah Binti Abdul Hamid