
Resepi Donut Gebu Berinti Kastard
Cara Buat Donut
Bahan-Bahan:
200gm Tepung gandum
2 sudu kecil yis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar mentega
1 cawan air suam
Cara Membuat:
1. Mula-mula masukkan gula, susu pekat, air suam dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata dan ketepikan dahulu.
2. Di dalam bekas yang berbeza, masukkan tepung bersama yis, mentega dan campuran gula, susu, air suam dan garam tadi. Kacau rata dan uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
3. Kemudian tutup doh dengan tuala lembab, biarkan ia kembang dan naik hingga dua kali ganda.
4. Tumbuk doh untuk keluarkan angin dan canai nipis, terap doh dengan menggunakan acuan bulat (saya guna cawan je) dan goreng di dalam minyak panas sehingga berwarna kekuningan keemasan.
Inti Kastard
Bahan-Bahan:
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 gm butter
2 sudu teh esen vanila
Cara Membuat:
1. Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
2. Masukkan kastard dalam piping beg dan picitkan kedalam donat tadi kemudian barulah disalut dengan gula kastor. Hidangkan.
P/s: Saya tebuk sedikit dengan chopstik untuk buat sedikit ruang dalam donat tu. Hati-hati ya jangan sampai tembus donat tu.
Resepi Oleh: Raja Amanina