
3 Resepi Kerabu Mudah Yang Perlu Anda Cuba
1. Resepi Kerabu Ikan Bilis Garing
Menu berbuka ringkas tapi bila kena dengan nasik panas memang bertambah makan.
Bahan-bahan diperlukan:
1 mangkuk ikan bilis
1 labu bawang besar
1 kuntum bunga kantan
1 bijik tomato
1 batang serai
5 biji cili api
3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)
1 cawan minyak masak
1 sudu teh gula
Garam secukup rasa
Cara menyediakan dan memasak:
1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis sehingga garing.
2. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk.
3. Hiriskan bawang besar, bunga kantan, tomato, serai dan cili padi.
4. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan sebati. Sedia dihidangkan.
Resepi Oleh: Jehan Noor
2. Resepi Kerabu Mangga
Kerabu mangga. Juadah berbuka puasa nanti. Makan begitu saja pun sedap.
Bahan-Bahan:
Mempelam/mangga putik
Bawang merah – dihiris halus
Bunga kantan – dihiris halus
Cili api – dipotong
Sos ikan
Limau kasturi
Kacang tanah – di blend kasar
Gula
Garam
Semua bahan main agak-agak jer. Janji sedap.
Semua bahan-bahan dicampur dan digaul.
Boleh juga taburkn kacang yang belum ditumbok ke dalam kerabu mangga.
Siap untuk disajikan.
Resepi Oleh: Nazri Harun
3. Resepi Kerabu Telur Dadar
Bahan-Bahan:
3 biji Telur
1/2 camca Teh Serbuk Lada Hitam
Secubit Garam
1 sdu teh tpg jagung
*satukan dan kacau sebati. Dadarkan mengunakan non stick pan. Dadar nipis2.gulung kemudian hiris nipis2*
1 biji bwang bsr – hiris nipis
1 kuntum bunga kantan – mayang halus
1 genggam daun kesom tau pun daun selom – mayang halus
1 biji tomato buang biji n potong kecil2
1 genggam ikan bilis goreng
Sedikit sos ikan
2-3 biji limau kasturi ambil jusnya
Sedikit gula
Bahan tumbuk
1 biji cili merah
10 biji cili padi
1 ulas bwang putih dibakar
1/2 inci belacan
Cara:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali ikan bilis, gaul hingga rata renjiskn sedikit sos ikan, masukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir sekali ikan bilis goreng, gaul rata-rata dan sesuaikan rasa.
Resepi Oleh: Razainiza Saad