Resepi Donat Premium Bau Wangi Lembut dan Gebu

Resepi Donat Premium Bau Wangi Lembut dan Gebu

Siap Donat Premium menggunakan bahan yang mahal. Bahan-bahan ni buat donat bau tersangatlah wangi lembut gebu macam donat ala big apple. Saya buat makan sendiri je dan nak share resepi donat ni, kalau nak buat jual pun boleh jika mampu modalnya.

Bahan Kering:

  • 500g tepung HP (tepung roti)
  • 1 sb yis
  • 2 sb gula kastor
  • 1 sk garam
  • 1 sk baking powder

Bahan Basah:

  • 2 bj telur
  • 1 cwn susu segar
  • Setengah cawan whipping cream dairy
  • 2 sb susu pekat
  • Setengah cawan air
  • 1 sb esen vanilla
  • 1 sb ovallate
  • 65g pure butter scs

Cara Membuat:

1. Jika ada bread maker masukkan semua bahan kecuali butter, tekan 45 minit, masuk air sikit² dulu, uli 10 minit baru masukkan butter dan uli hingga selesai.

2. Boleh la angkat dan bulat-bulatkan mengikut size, trus rounding, kembangkan doh. Dah kembang kesemuanya baru terap acuan ataupun lubangkan tengah menggunakan nozel.

3. Dah selesai kesemuanya, kembangkan doh sekali lagi. Doh dah ringan baru angkat dan goreng (untuk elak dari melekat, setiap doh yang nak, diletakkan atas talam dan tabur tepung dulu ye).

4. Ulian tangan macam biasa, tuangkan yis dan gula ke dalam air suam. Kacau-kacau tak perlu tunggu berbuih, tuang terus ke dalam tepung dan gaul rata.

5. Masukkan kesemua bahan kecuali butter, uli hingga sebati baru masukkan butter (tak perlu cairkan). Uli adunan hingga licin (tak perlu tunngu doh kembang).

6. Bulat-bulatkan mengikut size trus rounding, siap kesemuanya baru kembangkan doh. Dah kembang kesemuanya, tekan doh keluarkan angin baru terap acuan ataupun lubangkan tengah menggunakan nozel.

7. Setelah siap kembangkan sekali lagi, doh dah ringan baru angkat dan goreng. Selamat mencuba semoga bermanfaat.

Guna Alat Ni Lebih Mudah Kalau Nak Buat Donut >> KLIK DI SINI

Resepi Donat Premium Bau Wangi Lembut dan Gebu

Resepi Oleh: Sal SY