Homemade Pizza Topping Boleh Letak Ikut Suka

Homemade Pizza Topping Boleh Letak Ikut Suka

Serius puas hati bila buat pizza sendiri ni. Topping boleh letak suka hati. Nak makan berapa banyak pun tak kisah. Kalau beli dah berapa pula kan. Yati buat sekali bancuh dapatlah dalam 6 keping. Sekali-sekala buat pizza sendiri kat rumah dengan anak- anak ni seronok juga. Yati guna resipi kat bawah ni untuk buat based pizza. Rotinya lembut tak liat, memang sedap. Resipi dari sahabat dalam dunia masakan di Instagram.

Bahan Pizza Based:

  • 2 1/2 cawan air suam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 1/4 sudu kecil yis
  • 3 3/4 cawan tepung gandum (3/4 cawan = 85gm, 1cup = 110gm)
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar minyak sayuran

Kaedah Membuat:

1. Satukan air, gula dan yis dalam mangkuk kecil. Biarkan 5 minit. Dalam mangkuk lain, campurkan tepung dan garam bersama. Tambahkan minyak ke dalam bancuhan yis tadi dan tuangkan ke dalam tepung. Uli sehingga 10 minit.

2. Letakkan doh dalam mangkuk yang dah digriskan minyak sedikit supaya tak melekat. Tutup dengan plastic wrap dan biar ia naik dalam 1 jam.

3. Tumbuk doh, uli sedikit dan bahagikan kepada 2 bahagian. Bentukkan doh seperti bebola. Beruskan doh bebola dengan olive oil dan tutup semula dengan plastic wrap. Biarkan naik lagi 45 minit.

4. Preheat oven dengan suhu 150C. Taburkan pizza pan dengan tepung gandum. Ambil bebola tadi dan roll kan bentuk bulatan. Biarkan bahagian luar tebal dan dalamnya nipis sedikit. Saya pre baked pizza 5 minit dan keluarkan dari oven.

5. Letakkan topping kegemaran korang dan mozarella cheese! Bakar selama 15 minit dengan suhu 150C sehingga roti masak dan cheese cair. Siap. Enjoy!.

Ikut kreativiti dan citarasa nak letak topping apa. Yang penting letak pes tomato atas pizza Based tu sebelum tabur yang lain. Last sekali baru tabur mozzarella. Atau ikutlah nak letak apa pun. Pizza kita sendirikan? Nak letak sambal belacan pun boleh.

Nota:

  • Jika bancuhan terlalu cair/lembik boleh tambah tepung gandum dan minyak sedikit hingga jadi doh yang sedang elok.
  • Jika ada mixer, boleh uli dalam mixer. Guna 1 hook yang spiral tu sahaja.

Selamat mencuba, ya!

Nak Pizza Lagi Sedap, Guna Pes Tomato Dari Itali Ni >> KLIK DI SINI

Homemade Pizza Topping Boleh Letak Ikut Suka

Resepi Oleh: Nurhayati Maleq