Daging

Resepi Daging Opor Pahang

resepi-daging-opor-pahang

Resepi Daging Opor Pahang

Bahan-Bahan:

1kg daging
70g rempah opor (Saya guna rempah opor ubai)
50g serbuk lada kering/cili kisar
5cm kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
50g asam jawa – bancuh dengan 1cwn air
4-5 cawan santan
2 batang serai dititik
100g kerisik
Garam dan gula seckup rasa
1 cawan minyak

Bahan Kisar –

200g bawang merah
25g bawang putih
25g halia
3g belacan

Cara Memasak:

1. Tumis bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis dan buah pelaga hingga naik bau.

2. Masukkan bahan kisar dan serbuk lada kering. Tumis sehingga wangi. Masukkan daging bersama 2 cawan air dan masak hingga mendidih.

3. Masukkan santan dan rempah opor yang dibancuh dengan sedikit air dan biarkan mendidih dan masak sehingga daging empuk dan kering sedikit.

4. Masukkan air asam jawa, serai dan kerisik. Gaul mesra. Perasakan dengan garam dan gula.

5. Biarkan bahan reneh sebati, bila kuah pekat dan terbit minyak. Matikan api. Bolehlah dihidangkan.

Resepi Oleh: Lavendarungu Nanie – MAHN