Daging

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai Yang Mudah Dan Sedap

resepi-daging-masak-merah-ala-thai

Salam perut berkeroncong. Share la, sedap ni.

Siapa suka Daging Masak Merah Thai? Nyumsss! Nak tahu resepi yang sedap ni? Jum baca bawah. Hidangan ni untuk 4 orang makan tau.

Resepi Daging Masak Merah Ala Thai

Bahan-bahannya:

1kg daging +- (rebus)
Bawang putih 6-7 ulas (ketuk hancur)
Bawang besar 1 (hiris kasar @ potong bulat)
Cili merah 1 (potong serong)
Daun bawang (potong 1 inci)
Sos tiram (2 sudu makan)
Sos tomato (3 sudu makan)
Sos cili (2 sudu makan)
Sos ikan thai (2 sudu ikut suka masin yang nak)
Cili boh/ cili kering mesin (1 sudu makan)
1/2 cawan air
Sedikit Gula
Sedikit Garam

Cara-Cara:

1. Daging yang dah siap rebus, hiris nipis.

2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dulu biar kuning sikit sikit je.

3. Masukkan daging yang dah hiris tu. Goreng sampai daging masak dan tak terlalu garing.

4. Masukkan 1 sudu cili boh. Gaul rata. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan sos ikan. Masukkan 1/2 cawan air. Biarkan sampai mendidih.

5. Masukkan garam sikit je kalau tak cukup masin. Kemudian masukkan gula.

6. Kacau dan rasa. Kalau dah okay, boleh masukkan cili merah, bawang dan daun bawang tu. Kacau rata. Bila dah naik bau, angkat dan siap.

Resepi Oleh: Asma Shukri