Pastry

Resepi Creampuff Comel

resepi-creampuff-comel

Dulu dah cuba pelbagai resepi creampuff. Ada yg tak naik, tak gebu dan macam-macam lagi. Akhirnya dapat satu resepi creampuff dari sebuah rancangan TV. Saya sertakan resepi creampuff comel.

Resepi Creampuff Comel

Bahan-Bahan: (16 biji size comel)

200ml air
1cwn tpg gandum (diayak)
1/4 cwn butter
esen vanilla
pewarna kuning
2 biji telur gred B

Cara Buat:

1. Masukkan 200ml air ke dalam periuk. Kemudian diikuti dengan butter, beberapa titik esen vanilla dan pewarna kuning. Biarkan mendidih beberapa minit dengan api kuat.

2. Setelah itu, tutup api dan masukkan tepung gandum yang telah diayak. Kacau sehingga menjadi doh yang tak melekat di tepi periuk.

3. Sejukkan doh setengah jam. Masukkan telur sebiji-sebiji ke dalam doh dan kacau guna senduk kayu/mixer sehingga menjadi adunan yang likat (Choux pastry).

4. Msukkan adunan ke dalam acuan/nozzle dan pipe kan ke dulang pembakar. Bakar pada suhu 200c selama 25 mnit api bawah. Dan suhu 150c api atas untuk 10 mnit terakhir.

5. Setelah siap boleh masukkan inti kesukaan sperti cream kastard, cream cheese, atau vanilla cream.

Inti Kastard

Bahan-Bahan:

2 sudu mkn tpg kastard
2 sudu mkn gula
1 1/3 cwn susu segar/susu cair
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh butter

Cara Buat:

1. Masukkan semua bahan hingga pekat menggunakan whisk dengan api kecil. Padamkan api. Masukkan pula esen vanilla dan butter. Kacau sebati dan biarkan sejuk.

2. Masukkan ke dalam piping bag untuk dipaipkan ke dalam creampuff. Selamat mencuba dan Silakan share.

Resepi Oleh: Syaza Atieyra