
Resepi Daging Masak Kicap Berapi
Bahan-Bahan:
1/2kg Daging yang sudah direbus empuk (dipotong hiris mengikut urat daging).
1/2biji Bawang holland dihiris memanjang.
1 biji tomato di hiris wedges
1tbsp Rempah kari Daging
1/2 tsp serbuk Jintan Putih.
1/2 tsp serbuk Jintan Manis
50gm Cili Kering direbus sehingg lembut dicampur bersama 10 tangkai cili burung bgantung pada tahap kepedasan masing-masing (dikisar)
2 sudu besar (tbsp) gula merah
7 sudu besar (tbsp) Kicap Pekat atau sesuaikan warna yang dikehendaki. Sekiranya kuantiti masakan yang besar gunakan kramel kicap.
[email protected] pati ayam knor
2tbsp air asam jawa
Bahan Tumis –
1 biji bawang labu besar(dikisar)
2 bawang putih(dikisar)
1/2inch halia (dikisar)
3ulas bawang putih dihiris
3batang serai di ketuk di pangkal.
2 helai daun pandan
5tangkai cili padi
2 kpg. Kayu manis is + 5 buah pelaga + 4 bunga lawang + 8 cengkih.
Minyak masak.
Cara Penyediaan:
1. Panaskan kuali dan masukan minyak masak. Apabila minyak panas, masukan campuran kayu manis, buah pelaga, cengkih, bunga lawang , daun pandan, cili padi, dan serai.
2. Masukkan bahan tumisan. Tumis sehingga bahan-bahan ini keluarkan bau harum. Masukkan bahan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan serbuk kari, Jintan Putih, jintan manis, dan kicap pekat. Kacau rata dan biarkan mendidih sehingga kuahnya menjadi pekat.
4. Kecilkan api dan masukan air asam jawa, bawang hirisan memanjang, hirisan daging bersama hirisan tomato. Masukkan gula merah, garam atau serbuk pati ayam secukup rasa (awas dengan kemasinan kicap tersedia ada).
5. Kacau rata, padamkan api. Keluarkan dari kuali dan hidangkan. Taburkan daun pudina dan bawang goreng di atas dan sedia untuk hidangan.
Resepi Oleh: Nurul Azuan