
Resepi Fajitas Ayam Mexico
Bahan-Bahan:
Bumbu –
3 sudu kecil serbuk cili (atau 2 sudu kecil serbuk cili + 1 sudu kecil paprika)
1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
Fajita Filling –
3 keping dada ayam tanpa tulang, dihiris 1/2 inci memanjang
1 biji bawang besar bombay di hiris memanjang
1 biji cili capsicum/lada benggala/bell pepper merah
1 biji cili capsicum/lada benggala/bell pepper hijau
1 biji cili capsicum/lada benggala/bell pepper kuning
2 ulas bawang putih di cincang halus 3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar air jus limau nipis segar
3 Tbsp daun sup cincang
Topping Pilihan –
8 keping roti tortillas
Sour cream (Tesco ada jual kat bahagian dairy)
Hirisan avocado atau guacamole
Tomato di potong dadu
Parutan keju
Caranya:
1. Panaskan ketuhar hingga 200 ° C. Sapu sedikit minyak zaitun rata dalam loyang pembakar besar.
Untuk Bumbu –
2. Dalam mangkuk kecil, campurkan bersama serbuk cili, cumin, ketumbar, 1 1/2 sudu kecil garam dan 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam, ketepikan.
Untuk Fajita Filling –
3. Masukkan kesemua cili capsicum dan bawang bombay ke dalam loyang yg telah di sapu dengan minyak zaitun, masukkan ayam, taburkan bawang putih dan bumbu sekata di atas ayam. Masukkan minyak zaitun dan kacau sebati. Rata kan ke dalam loyang pembakar.
4. Bakar dalam ketuhar kira-kira 20minit.
5. Bungkus roti tortillas dengan foil dan panas di dalam ketuhar selama 5 minit terakhir memasak fajita.
6. Akhir sekali dah siap bakar, keluarkan dari ketuhar masukkan jus limau nipis dan taburkan dengan daun, kacau sebati.
7. Hidangkan dengan tortilla suam dengan topping yang dikehendaki.
Resepi Oleh: Lina Thomas