Daging

Resepi Daging Dendeng Berlada

resepi-daging-dendeng-berlada

Resepi Daging Dendeng Berlada

Bahan-Bahan:

1 kg daging batang pinang – dihiris nipis
4 biji buah keras
4 helai daun limau purut – dihiris nipis
minyak untuk menumis
bahan perasa secukupnya

Bahan Kisar –

30 biji cili merah
6 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
5 cm halia
2 batang serai

Cara Membuat:

1. Masukkan daging bersama air ke dalam periuk dan rebuskan hingga daging empuk.

2. Setelah empuk, angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali.

3. Goreng daging yang telah direbus tadi. Angkat dan ketepikan.

4. Masukkan bahan yang dikisar ke dalam kuali beserta buah keras dan tumiskan hingga naik bau dan garing.

5. Kemudian, masukkan daging yang telah digoreng tadi dan masak hingga daging empuk dan kering.

6. Masukkan bahan perasa serta taburkan hirisan daun limau purut. Siap untuk dihidang.