Resepi Cucur Sayur Paling Senang
Bahan-Bahan:
4 cawan tepung gandum
1 biji bawang merah
Segengam taugeh
15 batang kangkung
Ikan bilis secukupnya
1 biji telur
Air secukupnya
Sedikit garam dan gula
Minyak untuk menggoreng
Cara Penyediaannya:
1. Panaskan minyak dengan api yang paling kecil. Kenapa panaskan dulu? Sebab bancuh ni tak sampai 5 minit pun dah siap.
2. Masukkan tepung gandum. Potong kangkung dan bawang mengikut kesesuaian dan kesukaan masing-masing.
3. Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk yang terisi tepung kecuali telur. Masukkan air dan kacau sebati.
4. Tambahkan bahan perasa iaitu gula dan garam. Cheyah cuma letak garam 1/2 sudu besar dan 1 sudu besar gula. Agak-agak ye.
5. Bila sebati, pecahkan telur akhir sekali. Kenapa paling last? Sebab ia akan membuatkan cucur makin rangup. Itu yang cheyah amalkan la.
6. Goreng macam biasa dan hingga haring kekuningan. Dah masak boleh potong dan cicah bersama sos. Tapi kalau ada sos pencicah jeput malass tuh. Pergggh lagi sedap.
Siap! Selamat mencuba.
Resepi Oleh: Bahiah Saripuddin