Ayam

Resepi Stew Ayam Mudah

resepi-stew-ayam-mudah

Resepi Stew Ayam Mudah

Bahan-Bahan:

2 peha ayam
1 biji bwg holand/bwg besar
1 biji bwg bombay/ 5 biji bwg merah
2 ulas bwg puteh
1 inci halia
1 biji carrot
3 biji kentang
4 shitake mushroom
2 batang leak (daun bawang)
2 kuntum bunga lawang
3 biji cengkih
3 biji buah pelaga
1 btg kecil kulit kayu manis
3 sudu besar tepung gandum
1 kiub ayam
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit kicap
Garam dan lada hitam secukup rasa
Frenchbread

Cara Membuat:

1. Bersihkan ayam, perap dengan halia dan garam. Goreng sekejap dalam kuali dengan sedikit minyak. Setelah ayam separuh masak ketepikan.

2. Tumis halia, semua bawang, dan rempah tumis sehingga kekuningan dan naik bau. Setelah itu masukkan 3 sudu tepung gandum dan tumis sehingga tepung masak.

3. Masukkan air, carrot, potato, kiub ayam, sos tiram, sos cili, kicap dan perasa dengan lada hitam. Biarkan mendidih.

4. Kemudian masukkan ayam tadi dengan shitake mushroom. Gaul sebati dan biarkan mereneh dengan api kecil. Akhir sekali potong kasar leak (daun bawang) dan tabur ke dalam stew tadi.

Cuba Resepi Ni:  Sweet and Sour Chicken atau Ayam Masam Manis

5. Semakin lama stew direneh semakin lembut ayam tersebut. Dan stew sebenarnya seperti sup cuma ianya lebih pekat. Boleh makan bersama frenchbread.

Resepi Stew Ayam Mudah

Resepi Oleh: Sofhieeya Kaseem