Puding

Resepi Puding Mabul Ocean Blue

resepi-puding-mabul-ocean-blue

Resepi Puding Mabul Ocean Blue

Bahan A: (Warna Biru)

1 peket agar-agar tali 18 gm
1atau 2 tin laici/longan, saya guna dua tin
5 sb gula pasir
Sedikit pewarna biru
Biji selasih 1 peket kecil (di rendam)
2 cwn air biasa
3 cwn air dari tin laici (asingkan buahnya)

Cara Buat:

1. Basuh agar-agar. Masak bersama 2 cawan air, 3 cawan air laici dan gula pasir. Masukkan sedikit pewarna biru, masak sampai larut, kecilkan api.

2. Basahkan loyang/acuan, masukkan agar-agar tadi. Susun buah laici hingga penuh dan tenggelam.

3. Taburkan biji selasih yang dah kembang. Sejukkan sebentar, biar keras sedikit. Sementara itu, masakkan agar-agar susu.

Susun buah laici ke dalam bekas.
Kemudian curah agar yg telah di masak tadi ke atas buah laici.
Pastu letak biji selasih yg telah drendam terlebih dahulu. Tunggu separuh keras (30 minit) agar-agar ni, masuk ke dalam peti ais. Kemudian lorekkan dengan pisau dan masukkan agar-agar susu tadi. Tujuan lorek dengan pisau supaya lapisan agar-agar biru dan susu tadi melekat cantik.
Tuangkan lapisan susu ke atas lapisan biru tadi. Nak curah yang ni paling mencabar, nasib baik lekat tadi.

Bahan B: (Agar-agar susu)

1 pkt agar tali 18gm
Air biasa 3 cwn
Susu cair 1 tin
Gula pasir 5 sb
Sedikit esen vanila

Cara Buat:

1. Masakkan agar-agar bersama gula dan air hingga larut. Masukkan susu cair dan esen vanila. Masak sampai didih, kecilkan api.

2. Kemudian bila agar-agar biru dah sedikit keras, cakarkan permukaan dengan garpu rata-rata. Masukkan agar-agar susu tadi.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Pencuci Mulut Dari Filipina Buko Pandan

3. Sejukkan hingga keras, baru kuarkan dari acuan. Kalau nak mudah kena masak asing agar-agar biru dan susu. Selamat mencuba.

Resepi Puding Mabul Ocean Blue

Resepi Oleh: Rozinah Inah