
Resepi Kek Susu Kukus
Bahan-Bahan:
2 cwn tepung gandum
1 cwn gula halus
3 sudu besar susu pekat manis
1 cwn susu cair
4 biji telur size A
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar ovellete
1/4 sudu teh garam halus
1/4 cwn minyak jagung
Cara Membuat:
1. Putar telur, gula, ovellete, susu cair, susu pekat manis, esen vanila, dan garam. Mengunakan mixer, putar sampai putih gebu.
2. Masukkan minyak jagung dan tepung gandum, putar lagi hingga sebati.
3. Kemudian bahagikan kepada 4 mangkuk sama rata, letak warna kuning, coklat, merah, dan hijau. Kacau hingga rata.
4. Tuang bersilang seli ke dalam loyang yang telah disapu dengan mentega sehingga habis.
5. letakkan ke dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu, tutup dengan rapat (tudung di ikat dengan kain supaya kek tak jadi bantat).
6. Kukus selama 35 minit dengan kadar api yang sederhana. Siap untuk dinikmati.
Resepi Oleh: Wan Wok – FB Group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)