Pastry

Resepi Cream Puff Choclate Nutella

resepi-cream-puff-choclate-nutella

Resepi Cream Puff Choclate Nutella

Bahan-Bahan:

1 cawan tepung kek
2 sudu besar serbuk koko
1 cawan air
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 cawan mentega tanpa garam
3 biji Telur

Cara Membuat:

1. Ayak tepung dan serbuk koko.

2. Panaskan bahan-bahan yang lain kecuali telur sehingga mentega cair. Tutup api.

3. Masukkan campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati.

4. Masukkan telur satu-persatu sambil di pukul. Pastikan adunan likat dan boleh dipaipkan.

5. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paip di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas parchment/kertas minyak yang di gris.

6. Bakar 20 minit suhu 210C. Sejukkan.

7. Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan dengan coklat ganache atau nutella. Boleh taburkan badam jika suka. Badam tersebut perlu dibakarkan terlebih dahulu sebelum tabur pada coklat ganache tersebut.

Tips: Bila dah sejuk sikit baru keluar oven ye, kalau tak nanti adunan nampak kempis/turun.

Resepi Oleh: Suziana Sz