Resepi Puding Brownies Tanpa Telur

Puding Brownies tanpa telur yang terlajak mudah disediakan, hanya menggunakan Susu Coklat UHT dan Roti Putih, masak semua bahan sekali dan hasilnya, puding yang Fudgy dan Chocolatey. Sesuai untuk mereka yang suka dengan Puding Coklat. Baca semua yang Danish sudah sertakan dibawah. Selamat mencuba!.

Resepi Puding Brownies Tanpa Telur

Bahan-Bahannya:

1 Bungkus (10 grams) Serbuk Agar-Agar (Boleh guna yang coklat atau biasa)
4 keping Roti Putih, dibuang tepinya dan dipotong-potong
900 ml Susu Coklat UHT, boleh guna apa saja brand
100 grams Dark, Semisweet atau Milk Chocolate Compound yang dicincang atau Chocolate Chips
1 sudu besar Cocoa Powder, dilarutkan dengan sedikit air panas
2 – 4 sudu besar atau lebih Gula Pasir (INI PENTING: Danish buat tak manis. Perlu ikut citarasa nak manis macam mana. Boleh lebihkan ikut citarasa)
Kekacang, Chocolate Chips atau buah-buah untuk hiasan Puding (optional)

Cara Buat:

1. Masak semua bahan dengan api sederhana hingga mendidih. Adunan ini boleh didoublekan untuk dapatkan Puding lebih tinggi. Sejukkan puding dalam peti sejuk sehingga sebelum dipotong.

2. Biarkan puding diluar sebentar sebelum dikeluarkan dari loyang (jika gunakan jenis loyang mould seperti dalam gambar). Puding Brownies ini paling sedap dihidangkan sejuk dan ianya memang dihidangkan begitu saja.

3. Vanilla Sauce atas Puding dalam gambar itu Danish sengaja buat additional. Tapi jika nak cuba resepinya ada dibawah ya!.

Vanilla Sauce

Bahan-Bahan:

1 1/4 cawan Susu Segar
1/4 cawan Brown Sugar
1 biji telur
2 sudu besar Butter – dicairkan terlebih dahulu
1 sudu besar Tepung Gandum
Secubit Cinnamon Powder
secubit Garam Halus
1 sudu besar Vanilla Extract

Cara Buat:

1. Dalam pot, masukkan 1 1/4 cawan Susu Segar. 1/4 cawan Brown Sugar (boleh tambah jika suka lebih manis). 1 biji telur. 2 sudu besar Butter, dicairkan terlebih dahulu. 1 sudu besar Tepung Gandum. Secubit Cinnamon Powder dan secubit Garam Halus.

2. Masak diatas api sederhana dan whish tanpa henti hingga Vanilla Sauce pekat; +/- 10-15 minit. Kemudian masukkan 1 sudu besar Vanilla Extract. Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.

Resepi Puding Brownies Tanpa Telur

Resipi Oleh: Danish Harraz