snek, Snek

Resepi Chocolate Peanut Butter Balls

resepi-chocolate-peanut-butter-balls

Resepi Chocolate Peanut Butter Balls

Bahan-Bahan:

3/4 cawan peanut butter (halus atau kasar ikut suka)
1/2 cawan butter – suhu bilik
3/4 cawan gula icing
1 cawan biskut digestive – dihancurkan
1/3 cawan kelapa kering (dessicated coconut)
1/3 cawan kismis (jika suka)
1 cawan chocolate chips
1 sudu besar butter (tambahan)

Cara Membuat:

1. Satukan kesemua bahan kecuali chocolate chips dan 1 sudu besar butter. Gaul hingga sebati.

2. Buat Bulat-bulat adunan sebesar bola 1 inci dan susun diatas dulang.

3. Cairkan chocolate chips dan 1 sudu besar butter dengan menggunakan cara double boiling. Pastikan air tidak masuk kedalam chocolate.

4. Apabila chocolate telah agak sejuk sedikit, celupkan bebola peanut butter kedalam chocolate cair dan letakkan bebola ke dalam mangkuk kertas atau diatas dulang.

5. Biarkan chocolate mengeras sebelum disimpan ke dalam bekas kedap udara. Sebaiknya disimpan di dalam peti sejuk.