Masakan Barat

Resepi Makaroni Goreng Cheese

resepi-makaroni-goreng-cheese

Resepi Makaroni Goreng Cheese

Bahan-Bahan:

2 kiub pati ayam knorr
2-3 ulas bwg putih diketuk/dihiris
1 packet sosej ayamas dihiris
1 tin cendawan butang dihiris
1 biji Lada benggala (hijau & merah)
2 tin prego cheese & herbs
Macaroni sepaket (dalam 500g)
Garam

+ Kalau nak buat half packet macaroni, boleh kurangkan separuh untuk semua bahan kecuali cendawan butang. Kakau suka, boleh tambah ayam potong kecik-kecik. Ikut selera masing-masing.

Cara Memasak:

1. Tumis bawang putih sampai bertukar warna, pastu masukkan kiub pati ayam knorr. Kacau sampai kiub hancur.

2. Masukkan sosej dan cendawan butang yang dah dihiris tadi. Goreng kejap.

3. Tambah minyak sedikit kalau kurang. Masukkan sos prego cheese & herbs. Kacau sebati.

4. Masukkan makaroni yang dah direbus tadi. Kalau kering sangat, masukkan 1/4 cawan air masak. Kacau sebati. Tabur sedikit garam.

5. Lepas tu, masukkan lada benggala yang dah didadukan.

6. Untuk lebih berkeju, boleh tambahkan sekeping cheddar cheese. Kalau takde pun tak ape.

Resepi Oleh: Ziera Johari II