Resepi Pai Coklat Mudah Tanpa Bakar
Salam dan hi semua. Mr. Ali mai nak bawak resepi mudah-mudah ja untuk buat minum petang. Tak dak loyang ni pakai loyang biasa pun tak pa. 4 bahan je sahaja mudah sangat sangat dan super senang.
Loyang 10 inci jenis tart macam ni. Tapi nipis ja. Boleh pakai loyang biasa punya.
Bahan-Bahan:
Untuk Base –
- 350 gram digestive biscuits (nak pakai oreo pun boleh)
- 140 gram butter
Untuk Chocolate Filling –
- 180 gram dairy whipping cream
- 300 gram dark chocolate compound. Saya pakai van houten.
Untuk Topping –
- 120 gram dairy whipping cream
- 120 gram dark chocolate compound
- 1 sudu kecil butter
Cara Membuat:
1. Base; Hancurkan 350 gram digestive biscuits (nak pakai oreo pun boleh + gaulkan bersama 140 gram butter yang telah dicairkan). Kemudian mampatkan dalam loyang. Ratakan sampai ke tepi loyang. Mampatkan betul-betul. Setkan dalam peti selama 30 minit.
2. Chocolate filling; Double boil sampai semua bahan sebati. Dah siap double boil, bagi dia suam dalam 10 minit then tuangkan ke atas base yang kita dah sejukan tadi. Setkan lagi selama 30 minit dalam peti sejuk.
3. Topping; Double boil kesemua bahan, kacau sampai sebati dan tiada ketul-ketul. Bila dah siap kasi dia suam dulu dalam 10 minit then baru tuang ke atas lapisan tadi. Setkan semalaman dan dah boleh makan. Makan petang-petang sambil hirup secawan coffee. Selamat mencuba semua!.
Resepi Oleh: Muhammad Ali