Resepi Ayam Tandoori Penuh Dengan Rasa Rempah
Bahan-Bahan:
- Daging ayam yang perlu ialah 4 bahagian peha penuh (anda boleh boleh dapati di pasaraya tempatan) – Basuh dan buang kulitnya. Kelar dengan pisau yang tajam 3-4 pada daging yang tebal.
- 1 tsp serbuk cili.
- Sedikit garam (1/4 tsp)
- 1 sudu perahan air lemon atau limau.
+ Gaulkan semua bahan di atas dan sapu di dalam kelaran-kelaran daging ayam, supaya penerapan akan berlaku lebih pada isi daging ayam keseluruhan.
Bahan Perapan Utama:
- 6 tsp Yogurt Asli (boleh didapati dengan berbagai tanda nama seperti Nestle dll.) – Guna Yogurt yang pekat supaya campuran ini tidak berair. biasanya 1 sudu teh untuk satu peha ayam.
- 2 tsp. campuran paste halia bawang putih (5 ulas bawang putih dan 3 cm halia ditumbuk lumat atau dikisar).
- 2 tsp serbuk cili atau mengikut kepedasan yang anda inginkan.
- 1/2 tsp garam masala (boleh didapati dikedai rempah kalau tiada gunakan serbuk kari daging).
- 1 tsp serbuk rempah (corriender powder) sekiranya tiada gunakan biji rempah, goreng tanpa minyak dan kisarkan).
- 1/2 tsp serbuk lada hitam.
- 1/4 tsp serbuk kunyit.
- 1 sudu tsp pewarna merah.
Cara Membuat:
1. Campurkan semua bahan-bahan di atas. Campuran perlu pekat sedikit. JANGAN TAMBAH AIR.
2. Selepas itu, sebatikan dengan daging ayam. Masukkan sedikit minyak masak, 2 tsp memadai. Peramkan semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam sebelum mula membakar.
3. Kebiasaan kita tidak mempunyai “Tandoor” atau dapur khas untuk membakar. Kita gunakan oven untuk bakar tandoori ini. Untuk membakar dalam oven kita perlu gunakan bekas. Lapikkan bekas bakar itu dengan meletakan potongan carrot atau celery supaya daging ayam yang kita bakar itu tidak terlekat pada bekas bakar dan ada ruang di antara bekas dan daging ayam yang akan mengeluarkan air yang banyak.
4. Bakar selama 25-35 minit dengan suhu 230C. selepas 20 minit pertama periksa ketulan ayam dan sapukan sedikit minyak di atas permukaan ayam tadi untuk glaze. Masa masak terpulang pada saiz maka awas jangan sampai hangus.
5. Sekiranya anda punyai grill di rumah, ayam yang telah masak di ketuhar atau oven boleh dipindahkan kepada grill untuk mendapatkan rupa pembakaran permukaan daging ayam yang cantik.
Resepi Dikonsi Oleh: Hani Norsini