
Assalamualaikum semua.
Semalam berkesempatan buat Cheesekut Nestum yang senang dan mudah untuk disediakan. Tak perlu oven cuma pastikan peti sejuk berfungsi dengan baik ye…
Resepi Cheesekut Nestum
Bahan A:
1 paket biskut Cream Crackers HUP SENG
1 paket Nestum Original NESTLE (topping pilihan)
1 kotak susu segar DUTCH LADY
Bahan B:
250 gm Cream Cheese TATURA
1/2 tin susu pekat MARIGOLD
2 sb susu segar DUTCH LADY
Cara-Cara:
1. Masukkan bahan B ke dalam mixer dan adun sebati, tak perlu sampai kembang pula ye. Kalau tak ada mixer nak adun sendiri pun boleh.
2. Sediakan bekas berbentuk segi empat sama atau segi empat tepat (senang nak susun biskut nanti).
3. Seterusnya celup biskut dalam susu segar selama seminit, takperlu sampai lembut sangat (kalau suka crunhcy tak perlu celupkan pun tak apa).
4. Mulakan lapisan pertama dengan biskut yang dicelup lembut + adunan mixer (tuang adunan lebih sikit sebab nanti biskut serap) + topping pilihan (saya guna nestum).
5. Ulang langkah 3 dan 4.
6. Lapisan terakhir tu boleh lah taburkan serpihan lebihan biskut tadi.
7. Sejukkan dalam peti sejuk bawah selama 2-3 jam.
Haaa siappp. Senang je kan, boleh cuba ye semua.
Resepi Oleh: Ismazura Ismail