Ayam

Resepi Ayam Goreng Buttermilk

resepi-ayam-goreng-buttermilk

Resepi Ayam Goreng Buttermilk

Bahan-Bahan:

1 ketul Dada Ayam – potong kiub kecil
1 biji Telur (Putih sahaja)
1/2 cwn Tepung Kentucky
2 sb Butter
1 ulas Bawang Putih – cincang
2 Tangkai Daun Kari
3 biji Cili Padi
1/2 cwn Susu Cair (kurangkan/tambah ikut keperluan kepekatan)
Garam & Serbuk Lada

Cara Memasak:

1. Perapkan ayam dengan garam, serbuk lada dan putih telur selama 5-10 minit.

2. Golekkan ayam yang telah diperap ke dalam tepung Kentucky dan goreng sehingga masak dan garing.

3 Cairkan butter dan tumis bawang putih, daun kari serta cili padi sehingga wangi.

4. Masukkan susu sedikit demi sedikit, tambah garam & lada, kacau sehingga menjadi pekat.

5. Tuangkan kuah ke atas ayam goreng dan bolehlah dihidangkan dengan nasi putih.

Ayam Goreng Buttermilk