
Resepi Roti Kukus Memang Lemut dan Gebu Sangat
Tengok kat Bangi ada roti kukus yg viral, kita try la buat. Alhamdullilah jadi roti kukusnya. Dia punya lembut tak boleh bawa bincang. Resepi godak-godak dalam youtube sebab roti kukus ni memang viral lama dah kat Indonesia. Actually boleh je dipelbagaikan filling nya. Next time nak try la filling Nutella atau Ovomaltine yang crunchy tu. Pandan Cream tu pun tengok resepi Indonesia dalam youtube. Rasanya beza sikit dari Pandan Kaya sebab ikut tekak saya creamnya ringan dan sedap.
Bahan-Bahan:
- 425gram Tepung Pau/Tepung Gandum (kalau guna tepung Pau, warna roti lebih putih, tepung gandum ada kekuningan sikit)
- 75gram Tepung Tang Mien (optional) – Boleh cari di kedai bakery. Kalau takde boleh guna sepenuhnya tepung pau/gandum ye.
- 125gram gula halus
- 5 gram yis (saya guna jenama Saf) boleh guna apa-apa jenama
- 5gram baking powder (saya guna double action baking powder)
- 50gram shortening (lemak sayur)
- Lebih kurang 225gram – 240gram air sejuk (saya guna 230gram air sejuk coway) sesuaikan dengan daya serap tepung)
Cara Membuat:
1. Saya adun guna mixer 7 liter Golden Bull. Masa lebih kurang 30 min low speed. Adunan saya dapat 4 bekas kod 4573 setiap timbangan doh 225gram-228gram.
2. Saya proofing lebih kurang 1 jam hingga 1 jam 30 minit bergantung kepada cuaca. Kukus dalam 25 minit ke 30 minit. Make sure balut tutup pengukus dengan kain ye.
Nota:
- Roti yang siap di kukus, sejukkan dulu baru potong. Gunakan pisau yang bergigi halus. Boleh dapatkan di kedai bakery pelbagai size ada. Lebihan roti yang belum di isi filling boleh simpan dalam peti beku. Nak guna kukus semula bagi dia lembut balik.
- Filling boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti Puan-puan dan Tuan-tuan. Nak jimat bancuh guna tepung gandum dulu. Dah mahir sikit baru try tepung pau.
Semoga dengan perkongsian ini memberi peluang untuk kita berniaga guna resepi ni. Nak membeli jauh nun di Bangi. Lepas ni boleh dah buat sendiri ye. Tak payah susah-susah beratur. Tiada banyak yang saya minta, doakan semoga saya dipermudahkan bersalin anak yg ke 5 InsyaAllah tak lama lagi.
Resepi Oleh: Juliana Jue Cullen