Roti, Sarapan

Sajian Istana Roti Kerca Dengan Kuah Daging

sajian-istana-roti-kerca-dengan-kuah-daging

Sajian Istana Roti Kerca Dengan Kuah Daging

Sebenarnya nak uploadkan petang semalam resepi Roti Kerca nih, tapi sebab semalam migraine tahap-muntah-tak-boleh-tengok-cahaya langsung. Sudahnya makan ubat, pukul 8.30pm tido pukul 6.30 pagi tadi baru terjaga.

Ini kali kedua kak M buat menu roti kerca ni. Katanya makanan orang kedah dan dulu popular sebab menu kerabat kedah mengikut ceritanya. Tak tau la betul ke tidak kan.

Roti Kerca ni teksture dia sama jer dengan roti jala cuma bentuk tak sama. Dan kuah dia pun rasa ada ‘twist’ sket compared to kari daging biasa sebab ada tomato puri. Tapi Roti Kerca ni memang matching la dengan kuah daging nih.

Kalau pada tekak kak M, antara roti jala dan kari ayam VS roti kerca dan kari daging, kak M prefer gabungan roti kerca lagi. To each their own!. Cubalah ya! Nampak jer macam banyak bahan dia tapi semua bahan tu ada kat dapur kita.

Bahan Roti Kerca:

  • 2 Cawan Tepung Gandum
  • 2 Biji Telur
  • 3 Cawan Air
  • 1 Sudu Kecil Garam
  • Pewarna masakan atau serbuk kunyit

Cara Membuat: Panaskan non stick pan, Tuangkan adunan ke dalam kuali, masak seperti buat telur dadar atau lempeng tetapi mesti nipis-nipis. Kemudian, gulungkan dan potong serong.

Bahan Kuah Daging:

  • 1 Keping Daging Cincang
  • 1 Biji Ubi Kentang potong dadu
  • 1 biji carrot potong dadu
  • 1 biji bawang Holland potong dadu
  • 1 Tin Kecil Tomato Puri
  • 3 Sudu Besar Rempah Kari Daging
  • 3 Biji Bawang merah
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 Inci Halia
  • 1 Batang Kayu Manis
  • 2 kuntum Bunga Lawang
  • 2 Biji Buah Pelaga
  • 200ml susu rendah lemak
  • 2-3 Cawan Air
  • Daun Sup
  • Daun Bawang
  • Bawang Goreng
  • Sedikit minyak
  • Gula & Garam secukup rasa
Cuba Resepi Ni:  Resepi Roti John Istimewa

Cara Membuat:

1. Panaskan sikit minyak. Masukkan 3 sekawan, kayu manis, bunga lawing dan buah pelaga. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dah ditumbuk.

2. Tumis sampai layu dan naik bau. Campurkan air dengan rempah, gaul rata dan masukkan dalam periuk tadi. Tumis sampai naik minyak. Bila dah naik minyak masukkan bawang Holland.

3. Kacau rata, lepastu masukkan daging kisar. Biar sampai betul betul masak. Bila daging dah masak masukkan carrot, tomato puree susu. Kacau sebati, kalau nak lebih kuah adjust air. Masak sampai mendidih.

4. Dah boleh hidang dengan roti kerca. Masa hidang boleh taburkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng pada kuah daging.

Sajian Istana Roti Kerca Dengan Kuah Daging

Resepi Oleh: Marina Ismail