Resepi Ayam Goreng Seringgit
Ni resepi saya.. Maaf kalau ada salah silap dan kekurangan ya. Dulu setiap kali masak ayam goreng tepung kat rumah.. Anak-anak mesti cakap “sedaplah mama.. boleh jual..” Dulu saya gelak je kalau anak cakap macamtu.. Tapi dari situ saya dapat idea dan keyakinan. Alhamdulillah sekarang memang saya dah jadi peniaga ayam goreng pun.
Doakan saya murah rezeki untuk buka restoran pulak.. Aamiin.
Bahan-Bahan:
- Ayam sekor potong 22-24
- Bawang putih 5 ulas
- Bawang besar saiz kecik (1)
- Halia 1 inci
- Lada hitam 1 sudu kecil
- Lada putih 1 sudu kecil
- Serbuk kari 1 sudu besar
- Garam dan serbuk perasa adabi
+ Kisar semua bahan sampai halus. Perap pada ayam.
Resepi Tepung Salut:
- 1 cawan tepung bestari pedas
- 2 cawan tepung gandum (saya pakai jenama Ros sebab ayam akan lebih garing dan rangup)
- 1 sudu tepung ubi/beras
Cara-caranya:
1. Sediakan 1 bekas untuk gaul ayam. Tuang sedikit tepung. Masukkan ayam dalam 5-6 ketul. Sendukkan tepung salut ke atas ayam.
2. Gaul tepung pada ayam (ramas sedikit). Bila tepung dah salut elok, gorengkan ayam pada minyak yang sederhana panas (boleh salut 2 kali untuk kesan lebih rangup).
3. Goreng ayam dalam minyak yang banyak, ayam tenggelam ye (untuk jimat minyak boleh pakai periuk kecik).
4. Tutup periuk semasa goreng ayam dan buka penutup diminit terakhir sebelum ayam masak, cara ni akan buat ayam rangup diluar dan berjus di dalam.
Hidangkan panas-panas, siap resepi ayam goreng seringgit ala pasar malam.
Nota: Untuk lebih senang, boleh je pakai tepung bestari tanpa ada campuran tepung lain. Tapi sebab saya cuma meniaga ayam goreng seringgit, saya kena kreatif untuk jimatkan kos (ayam mahal weh). Boleh jugak pakai tepung bestari tak pedas atau apa-apa tepung goreng yang lain.

Resepi Oleh: Murni Rahmat