
Resepi Biskut Tart Bunga
Bahan-Bahan: 100/104 biji biskut
250gm mentega
100gm gula icing (3/4 cwn)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila
1/4 sudu kecil pewarna kuning (saya guna star brand)
1 sudu besar susu pekat manis (boleh juga guna krimer pekat manis)
40gm tepung kastad (1/2 cwn)
80gm tepung jagung (1 cwn)
320gm tepung gandum (3 cwn)
Inti nenas secukupnya
Penyediaan:
1. Ayak bersama tepung kastad, tepung jagung dan tepung gandum dalam satu bekas. Ketepikan.
2. Dalam bekas yang lain, masukkan mentega, gula icing, kuning telur, susu pekat manis, esen vanila dan pewarna kuning. Sebatikan campuran bahan-bahan menggunakan senduk, spatula ataupun whisk. Anggaran 3 ke 5 minit.
3. Apabila semua bahan telah sebati dan tiada ketulan-ketulan gula, tambahkan campuran tepung yang diayak tadi.
4. Sedikit-sedikit masukkan tepung, gaul rata dan apabila semua tepung habis dimasukkan, uli adunan menggunakan tangan.
5. Canai doh yang siap diuli tadi setebal 1/4 inci atau 6 mm. Canailah antara dua plastik. Terap dengan acuan tart berbentuk bunga. Jika doh masih melekat di acuan, tambahkan tepung gandum sedikit-sedikit ke dalam adunan sehingga doh tidak melekat di acuan.
6. Susun dalam dulang pembakar yang telah dioles sedikit mentega. Jarakkan sedikit. Letakkan inti nenas yang telah dibentuk bebola atas setiap tart bunga.
7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu. Suhu 160°C atau 170°C selama 15 ke 20 minit. Ikut oven masing-masing.

Resepi Oleh: Suriea Mohd Noor