Kari, Mee

Resepi Bihun Kari Lebih Sedap Dari Biasa

resepi-bihun-kari-lebih-sedap-dari-biasa

Resepi Bihun Kari Lebih Sedap Dari Biasa

Menu berbuka hari ni. Abah request. Asyik makan nasi je. Hari ni nak makan mee dan bihun. Sape nak makan mee, ambik mee. Faa suka Bihun Kari instead off mee. Rasa baru je buat hari tu kan, sebelum puasa. Menu yang takkan pernah jemu kat rumah ni. Alhamdulillah.⁣⁣⁣
⁣⁣
Kali ni cuba masak kari style mak kak Nadia. Sayur campur sekali dalam kuah. Nyumm. Sedap dan tak renyah nak celur satu satu.⁣⁣

Bahan-Bahan:

  • 5 biji bawang sedang⁣
  • 3 ulas bawang putih⁣
  • 2 inch halia⁣
  • 7 tangkai lada kering (rendam sampai lembut)⁣
  • air secukupnya ⁣
  • 1 cawan minyak⁣
  • 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, pelaga)⁣
  • segenggam daun kari⁣
  • 1 paket kecik rempah kari ayam & daging⁣
  • 1 sudu tempah beriani⁣
  • 1/2 ekor ayam (potong kecik)⁣
  • 3 asam keping⁣
  • garam & gula secukup rasa ⁣
  • serbuk perasa
  • 2 kotak kecik
  • 500gm udang⁣
  • fishcake, fishball & chickenball⁣
  • 2 pokok sawi⁣
  • 2 genggam taugeh⁣
  • 1 paket kecik tauhu pok (belah 2)⁣
  • bihun yang dah dicelur⁣

Bahan Sampingan:

  • telur rebus⁣
  • daun sup⁣
  • cili hiris⁣
  • bawang goreng⁣

Cara Membuat:

1. Kisar lumat bebawang, halia dan lada kering dengan sedikit air. Panaskan minyak, tumis 4 sekawan, daun kari dan bahan kisar. Kacau sampai garing dan pecah minyak.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mee Kari Kerang Padu Semangkuk Licin

2. Masukkan serbuk kari dan rempah beriani. Kacau sampai garing. Tambah sikit air. Kacau sampai pecah minyak. Tambah sikit air lagi dan kacau sekali lagi sampai garing dan pecah minyak.

3. Tambah ayam, kacau sampai ayam hampir mengecut. Masukkan air, kacau rata. Masukkan asam keping, perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa. Kacau rata.

4. Masukkan santan, kacau dan biar mendidih. Tambah udang, fishcake, fishball dan chicken ball. Kacau sampai semua masak sekata dan mendidih.

5. Masukkan sawi dan tauhu pok. Kacau sekejap saja, tutup api. Masukkan taugeh, kacau sikit. Dah siap.

6. Hidangkan dengan bihun yang dicelur, telur rebus, hirisan cili, daun sup dan bawang goreng. Siap!⁣

Resepi Bihun Kari Lebih Sedap Dari Biasa

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo