Resepi Bebola Donut Ni Guna 2 Bahan Sahaja

Resepi Bebola Donut Ni Guna 2 Bahan Sahaja

Bebola donut atau donut ball ni tak perlu yis, tak perlu perap atau tak perlu tunggu kembang. Terus boleh goreng, mudah, cepat dan sedap. Febret anak-anak.

Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cwn tepung naik sendiri Bluekey
  • 330gm yogurt biasa (110gm x 3 bekas)

Bahan Hiasan:

  • Gula kastor
  • Manik warna – optional
  • 200gm Beryls Dark Chocolate Compound Coin*
  • 1 sudu besar butter*

Bahan-bahan bertanda (*) dicairkan di atas api)

Cara Membuat:

1. Satukan tepung dan yogurt. Kacau hingga sebati. tak perlu perap atau tunggu kembang. Masukkan adunan terus ke dalam piping bag. Gunting hujungnya sebesar syiling 50 sen.

2. Panaskan minyak. Picit adunan ke dalam minyak panas dan goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. Biarkan suam seketika.

3. Akhir sekali, gaul separuh donat dengan gula kastor. Separuh lagi salut dengan coklat dan tabur manik warna.

Guna Tepung Naik Sendiri Bluekey Ni >> https://shope.ee/8pDuHxCPrZ

Resepi Bebola Donut Ni Guna 2 Bahan Sahaja

Resepi Oleh: Nor Al Fatihah T-hah