Ikan, Makanan Laut

Resepi Ikan Bawal Hitam Sweet Sour

resepi-ikan-bawal-hitam-sweet-sour

Resepi Ikan Bawal Hitam Sweet Sour

Bahan-Bahan:

1 ekor ikan bawal hitam
1 labu bawang besar – dipotong bulat
3 ulas bawang putih
1 cm halia
sos tomato – 2 sudu besar
sos cili – 2s udu besar
1 potong nenas
garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Siang ikan dahulu kemudian dibasuh, seterusnya gaul garam dan kunyit. Kemudian goreng hingga masak.

2. Minyak goreng ikan tadi tuang ke dalam bekas lain, tinggal sedikit dalam kuali tadi.

3. Tumis bawang besar dan putih serta halia. Masukkan sos tomato dan cili jika pekat dan masukkan sedikit air.

4. Setelah kuah mendidih masukkan nenas serta garam secukup. Kemudian masukkan ikan goreng tadi.

5. Setelah masak, angkat dan hidangkan, hias dengan hirisan cili merah, daun bawang.

Ikan Bawal Hitam Sweet Sour