Cara Buat Ayam Goreng Rangup Tak Banyak Bahan

Cara Buat Ayam Goreng Rangup Tak Banyak Bahan

Tak sempat nak hidang dah kena sambar. Anak kata, “Wah hebat lah mama. Macam ayam kat Kepci”. Kalau tak, selalu ayam goreng pupuk kunyit dengan garam je. Kali ni kita ikut resepi dan cara dari Dapur Che Kam. Bahan yang ringkas, cara pun mudah. Pertama kali kita cuba dan alhamdulillah menjadi. Mama pun senang hati.

Bahan-Bahan:

  • Ayam (tak kisah bahagian apa, kepak ke, peha ke, dada ke)
  • Tepung Bestari Campuran Tepung Goreng Rangup Serbaguna (kalau nak pedas, beli yang spicy punya)
  • Air masak biasa
  • Minyak masak kena banyak (saya pakai minyak 2 pack untuk goreng ayam sahaja)

Cara Membuat:

1. Cuci ayam bersih dan toskan. Buat 2 adunan tepung. 1 tepung basah untuk celup dan rendam ayam. 1 tepung kering untuk pupuk ayam. Tepung kering boleh sukat agak-agak dulu. Tak cukup boleh tambah. Tepung basah saya buat 1 cawan tepung dan 2 cawan air. Adun tepung sebati.

2. Lepas dah siap tepung tu, amik ayam seketul-seketul, tekap-tekap ayam pada tepung kering. Lepas tu, rendam dalam adunan tepung basah. Ulang cara tu pada semua ketul sampai siap. Lepas dah siap, perap kejap ayam dalam adunan tepung basah dalam 15 minit. Lagi lama, lagi sedap. Setengah jam pun dah ok. Tak sempat nak bersabar bila tengok anak dak beratur je. Dapat perap 15 minit pun alhamdulillah.

3. Masa ni dah mula panaskan minyak. Minyak memang kena banyak sebab ayam kena celup habis dalam minyak. Slowkan api sementara kita perap ayam tu. Saya pakai periuk sebab dalam dia sekata.

4. perap ayam, amik ayam tadi dan tekap semula dalam tepung kering. Haaa, masa ni mainkan peranan. Kena picit-picit ayam tu dan tekap dengan tepung kering. Lagi lama kita dok tekap-tekap, lagi dia berkuping. Ulang alik buat pada semua ketul. Tekap-tekap dia dengan tepung banyak-banyak.

5. Lepas dah siap tu, dah boleh menggoreng. Masa ni minyak dah panas, api sederhana sahaja ya biar isi dia masak betul. Agak dalam 15 minit, dah boleh toskan. Boleh ler hidang. Siap! Dah boleh ngap.

Guna Tepung Jenama Ni, Ayam Goreng Jadi Rangup dan Sedap >> KLIK DI SINI

Cara Buat Ayam Goreng Rangup Tak Banyak Bahan

Resepi Oleh: Azurah Ahmad