Resepi Donut Kentang Gebu Tanpa Uli Sukatan Cawan

Resepi Donut Kentang Gebu Tanpa Uli Sukatan Cawan

Pernah try donut kentang? Memang rasa lain dari donut biasa, Lagi lembut, tak rasa mauripan. Macam uli donat biasa, cuma tambah kentang rebus size medium.

Bahan-Bahan:

  • 1 biji kentang size medium
  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula

+ Rebus kentang sampai empuk, sejukkan dan lenyek sampai halus.
+ Campurkan yis, susu pekat, air suam dan gula dan biarkan kembang.

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 1 sudu teh garam
  • 1 biji telur

Cara Membuat:

1. Ramaskan tepung, garam dan marjerin hingga jadi macam serbuk roti. Kemudian campurkan kentang yang dah dilenyek halus, campuran yis tadi dan telur. Gaul rata.

2. Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye. Adunan memang agak lembik, uli manja sampai tak melekat dekat tangan, tambah tepung sikit sikit kalau lembik.

3. Lepas satu jam, tumbuk-tumbuk doh tadi untuk keluarkan angin. Kemudian, ambil sikit untuk dicanai dan terap. Masa ni ambil la sikit tepung untuk terap acuan.

4. Biarkan donut selama 10 minit. Lepas tu boleh digoreng. Boleh juga letak topping gula atau coklat.

Cara Buat Topping Chocolate Sedap:

Chocolate coin 1 cawan, minyak 1/2 cawan. Double boil sampai choc cair, dah sejuk boleh celup donat.

Guna Acuan Donut Macam Ni Untuk Bagi Donut Bulat dan Cantik >> KLIK DI SINI

Resepi Donut Kentang Gebu Tanpa Uli Sukatan Cawan

Resepi Oleh: Syaz Amira