
Resepi Ayam Goreng Kunyit
Bahan-Bahan:
300 gram ayam – bahagian dada
2 ulas bawang putih – hiris nipis
2 senduk minyak masak
4 batang kacang panjang – potong 2 inci
1 biji bawang merah – hiris nipis
1 biji cili merah – hiris nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji bawang besar – hiris nipis
Cara Memasak:
1. Potong dada ayam menjadi kiub kecil, selepas itu gaulkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Perapkan selama lebih kurang lebih 5 minit.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng dada ayam menggunakan api besar. Kacau dengan kerap supaya tidak hangus dan keras. Selepas itu, masukan bawang merah & bawang putih dan teruskan mengacau.
3. Bila ayam dah hampir masak, masukan bawang besar, kacang panjang, dan cili merah. Taburkan dengan sedikit gula dan kacau selama 1 minit. Angkat dan hidangkan.