
Resepi Ayam Masak Merah
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam – lumur kunyit dan garam dan goreng separuh masak
3 biji tomato belah 4
2 sudu besar sos cili
2 kuntum bunga lawang
60 ml santan
1 batang kulit kayu manis
250 ml air
gula secukup rasa
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan Hiris –
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
2 cm halia – dihiris jadi 3 keping
Bahan Kisar Halus –
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
20 tangkai cili kering – direbus sebentar kemudian dikisar
4 biji bawang besar
2 cm halia
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Selepas itu tumis bahan hirisan sampai layu dan harum. Kemudian masukan bahan kisar dan gaul rata.
2. Masukan sos cili dan cili kering yang dikisar tadi dan tumis sebentar sampai pecah minyak.
3. Selepas itu, bila sudah pecah minyak masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Kacau rata dan biarkan seketika.
4. Masukkan sedikit air dan santan, ikut kepekatan kuah yang anda mahu. Selepas itu masukan garam, sedikit gula dan tomato.
5. Masak kembali hingga pecah minyak. Bila warna sudah cukup cantik dan rasa dah sebati. Bolehlah tutup api.
6. Angkat dan hidangkan bersama nasi minyak, nasi tomato, dan nasi briyani. Selamat mencuba.