Resepi Nasi Arab Cara Simple Tapi Sedap
Bahan-Bahan untuk Ayam dan Nasi:
- 1 kg beras (nina guna beras biasa je basuh dan toskan)
- 1.5 liter air (untuk air rebusan ayam)
- 1ekor ayam (potong 4)
- 3 sudu besar minyak
- 3 sudu besar minyak sapi &butter
- 2 sudu besar serbuk jintan manis
- 1 sudu besar serbuk jintan putih (bancuh dengan sedikit air)
* Kalau takde serbuk jintan boleh gantikan dengan serbuk rempah sup adabi
- Pewarna kuning
- Bawang goreng
- Garam dan gula secukup rasa
- 2 labu bawang besar saiz kecil (potong bulat)
- 1 biji tomato saiz kecil yang masak (potong dadu)
Bahan-Bahan Tumis:
- 5 ulas bawang merah (kisar atau hiris)
- 3 ulas bawang putih dihiris
- 3 cm halia
- 2 inci kulit kayu manis
- 3 kuntum bunga lawang
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 biji buah pelaga
- 2 sudu kecil jintan manis
- 1 sudu kecil jintan putih
* Tumis semua bahan-bahan sampai garing.
Bahan-Bahan untuk Sos/sambal:
- Buah tomato masak
- Cili merah
- Bawah putih
- air
- garam
- gula
* Kisar semua
Cara-Cara untuk Menyediakan Air Rebusan Ayam:
1. Sediakan air dalam periuk dan direbus terlebih dahulu sampai memdidih pastu boleh masuk ayam. Sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan sebab nanti air ni akan digunakan untuk masak nasi.
2. Letak bawang besar dan buah tomato ke dalam periuk ayam. Masukkan bahan-bahan tumisan dan serbuk jintan ke dalam periuk ayam juga. Perasakan dengan garam dan gula.
3. Kacau sedikit rempah yang telah dicampurkan dalam air rebusan. Tutup periuk dengan tudung. Rebuskan ayam tersebut dalam 1/2 jam dengan api yang sederhana.
4. Selepas 1/2 jam, keluarkan ayam tesebut dari periuk dan susun ayam dalam bekas. Ketepikan dahulu.
Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi:
1. Cucikan beras sampai bersih. Masukkan beras dalam periuk air rebusan ayam tersebut dan masak seperti nasi biasa.
2. Taburkan bawang goreng, kalau ada kacang peas dan kismis bleh letak semasa nasi masak, lagi sedap. Masukkan sedikit pewarna kuning dan kacau dengan rata sekejap. Biarkan mendidih.
3. Tutupkan periuk dengan tudung dan perlahankan api. Nasi dimasak dengan api yang sederhana sahaja sampai hampir masak.
4. Kacau sekali lagi nasi semasa nasi hampir kering. Bila nasi agak kering gemburkan nasi dan boleh dihidangkan dengan acar sayur, sos dan ayam.
Cara-Cara untuk Memasak Ayam:
1. Lumurkan ayam dengan sedikit garam dan serbuk kunyit dan goreng atau grill sekejap untuk garingkan bahagian luar. Hidangkan nasi dengan ayam serta sos sambal.

Resepi Oleh: Raja Amanina