Resepi Sardin Masak Kicap Dengan Kacang Bendi

Resepi Sardin Masak Kicap Dengan Kacang Bendi

Malas masak, tapi perut lapar, maka terhasillah sardin masak kicap dengan kacang bendi. Nampak macam tak match bukan? Dah masuk perut, match aja toksah fikir pape. Yang sebenarnya sayur ni je yang hado dalam fridge hahaaha.. Sardin tu aku goreng dulu untuk effect rangup di luar, lembut di dalam. Nah resepi ringkas.

Bahan-Bahan:

  • 1 Tin sardin brand apa-apa peberet kau (toskan dulu asingkan kuah, pastu goreng garing)
  • 2 biji bawang merah sederhana beso (1 biji mayang halus, 1 biji hiris bulat)
  • 2 biji bawang putih – tumbuk kasar
  • Sedikit halia – tumbuk kasar
  • 5 biji cili api – tumbuk kasar
  • Baby tomato belah 2
  • 1 asam keping
  • cili api atau cili merah untuk penyeri masakan (boleh buat ulam, patah-patahkan masa makan)
  • Kicap (pun ikut korang nak pakai brand apa)

Cara Masak:

1. Tumis bawang merah yang dimayang bersama bahan yang ditumbuk kasar. Bila bawang dah naik bau dan sedikit garing, korang masukkan kicap. Takde sukatan yang tepat, masuk je sesedap rasa.

2. Pastu masukkan half sos sardin yang korang asingkan tadi. Tambahkan sedikit air, masukkan garam sedikit, jika kurang masin. Campakkan asam keping, kacang bendi, cili api, bawang yang dihiris bulat dan tomato.

3. Last sekali baru masukkan sardin yang digoreng tadi, golek-golek manja je. Tutup api lontarkan dialog “sardin masak kicap is doneee~”. Hidangkan bersama nasik panas-panas. Selamat Mencuba guys.

Resepi Sardin Masak Kicap Dengan Kacang Bendi

Resepi Oleh: Dva Queen