Resepi Ayam Masak Merah Kenduri Secukup Rasa
Saya ambil resepi dari majalah my rasa. Rasa dia memang buat kite teringat kenduri kawen.
Bahan-Bahan:
- Ayam – Gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam
- 4 serangkai (cengkih, kayu manis, bunga lawang, buah pala)
- cili kering ikut kepedasan korang nak
- 3 bawang merah
- bawang holland (hiris)
- 3 ulas bawang putih
- seinci halia
- seinci lengkuas
- tomato dadu kecil
- 1 senduk sos cili
- garam secukup rasa
- gula secukup rasa
Cara Memasak:
1. Masak ayam separuh masak. Ika tak suke ayam masak garing sebab nanti keras. Blend bawang merah, bawang putih, dan halia. Blend juga cili kering.
2. Panaskan minyak, bila minyak dah panas, masukkn 4 serangkai. Masukkan cili kering dan bahan bawang yang kita blend tadi. Masukkan sekali tomato yang dipotong dadu kecil-kecil serta Masukkan lengkuas.
3. Biarkan mendidih sampai baru masukkan ayam yang dah digoreng tadi. Bila dah pecah minyak, masukkan bawang holland yang di hiris. Masukkan sos cili serta garam dan gula. Hat ni kena pepandai la. Macam ika, ika letak gula lebih sikit. Sebab masak ayam merah sedap kalau manis-manis.
Siap ayam masak merah kenduri kawen.
Makan Dengan Sambal Minang Ni Bertambah Selera >> KLIK DI SINI

Resepi Oleh: Noratiqah Nordin


